Tuesday, January 24, 2012

puncak mengugat

sreeeet ....itu bunyi ridsect di sembur sebab kali terakhir aku update tanggal 18 february 2011 , kalau mengandung dah bersalin , kalau bayi baru lahir pada tanggal 18 february 2011 dah boleh berjalan mungkin kini .. aku bagi alasan writer block +cerita sama + aku prefer membaca cerita kedai kopi dan malas nak jadi keyboard warrior (alasan itu mampu dipanjangkan lagi)


mengikut atmosfera Malaysia kini pada cerita anak muda , sebelum aku bukak puncak menggugat , mari kita main back to history 4th june 1989 ...hari jadi aku yang ke5 ..bertemankan tv 14 inches toshiba yang telah musnah dipanah petir , tv ni abah beli sebab nak tengok peristiwa memali , banyak memory negara dia paparkan . aku yang masih anak anak dan bertemankan buku mat science --ok percaya atau tak aku bukan anak2 yg dididik dengan boneka dan x faham macam mana adik kecil ku sekarang tak boleh hidup tanpa gadget , ye aku dibesarkan dengan budaya membaca dan masih ada hingga kini koleksi buku zaman kanak2 aku.

see aku dah membebel , cerita sebenar ialah pada 4th june itu aku kenal makna revolusi , cengkaman pemerintah mengikut konteks anak2 berusia 5 tahun , percaya atau tak pada masa itu footage tv menunjukkan bagaimana kereta kebal -tank melenyek student lebih dahsyat daripada gambar tahrir bridge waktu revolusi mesir baru2 ini.

kenapa puncak menggugat ini terjadi , kerana negara People Republic Of China ketika itu 100% komunis , 1)rakyat miskin makan biskut , pemerintah kata je komunis tapi makan sedap 2)pengguran pada puncak tertinggi 3)rasuah, maka bermulalah episode pelajar pelajar mereka melakukan demonstrasi yang bermula secara aman dan disudahi dengan kejadian gelekan kereta kebal ...ia mereka semua mati di Tiananmen itu ,,tapi saya tak pasti adakah pemerintah china ketika itu membuat dialog kepada pelajarnya jangan pegi demo , pegi belajar dahlah awak tu menghabiskan ptptn , nak politik lepas graduate ..yg tu saya tak pasti, tp kerana revolusi tiananmen pada 1989 kini China mula menjadi gergasi ekonomi rantau Asia , terima kasih kepada para pelajar ini.

revolusi tiananmen 1989

Puncak mengugat apabila kita sebagai marhaen mula kehilangan satu demi satu hak kelancaran hidup ,tetapi pemimpin bermewah , sekatan2 hak bersuara dan penipuan.Sama juga halnya dengan mesir yang pemimpin dia , sebelum pilihanraya jailkan dulu pemimpin pembangkang , dan percaya atau tak dulu mesir nak sebut Ikhwanul Muslimin macam kita sebut PAS mana boleh dekat open street , hang ckp hang masuk dalam ...tetapi revolusi 25 january 2011 berpaksikan domino street action yang bermula di Tunisia mengubah segalanya dan terkini parti ikhwanul muslimim yg bergabung membentuk parti al adalah alhurriya menang besar di dalam pilihanraya pasca husni mubarak ---> ok penggerak dia tetap anak muda

revolusi mesir january 2011

Juga di Indonesia , terkorbannya 5 pelajar universiti trisakti yg juga anak orang berada disebabkan sudah tidak mampu melihat rakyat membeli susu dengan harga rm57 setin , korupsi pak harto dan nepotisme dengan melantik cicik + pipet dalam kabinet menteri ---> rusuhan yang akhirnya indonesia kini lari daripada 32 tahun cengkaman akhbar dan berani menuju kedepan , sekarang indonesia tidak hairan kalau demo street open sebab mereka lebih terbuka dengan konsep demokrasi dan hak bersuara kalau dibandingkan dengan Malaysia.

reformasi 1998 -indonesia

Maka aku bertanya adakah Malaysia punya puncak menggugatnya sendiri? apakah baju ciptaan Mr Kapp dibumi kangaroo berharga rm300k belum cukup menjadi puncak penggugat? apakah NFC 250 juta belum cukup untuk kita menggugah sang penguasa ? atau malaysia sebab cukup makan + minum maka biarlah ia terjadi . Atau biarkan susuk tubuh adam adli menjadi puncak penggugat kebangkitan mahasiswa yang lain support diam dari belakang? tanya pada diri selama mana mau jadi sekam dari membakar atmosfera yang kotor ini

maaf gambar adam ini bukan gmbar tengah demo!

Jadi bilakah kita mampu berkata --TERIMA KASIH ANAK MUDA MALAYSIA, BILA???





Friday, February 18, 2011

alangkah lucunya negri ini

memang pencopet itu haram ...aku pun benci dan bengang biler hp aku kena copet waktu melibur libur di pusat keuntungan lim goh tong ... tonton filem ini , rasakan sedih perit kehidupan gelandangan ..kisah 3 sahabat cuba mengubah nasib rakyat gelandangan ..benar haram tetap haram dan halal tetap halal ..ambil iktibar dari ceritanya ... aku terbuai ingin menonton selepas membaca film preview dari sebuah blog politik ...

kisah penganggur sarjana yang tiada bekerja , membantu sekumpulan anak pencopet mengubah nasib ke arah yang lebih baik . kisah birokrasi dan segalanya

"kalau tidak berilmu dipanggil pencopet , kalau berilmu dipanggil corruptor "

Wednesday, February 2, 2011

stranded

Mungkin kisah aku stranded dalam banjir besar melanda pahang sekitar akhir tahun 2007 tidaklah se cool and se world dengan pelajar pelajar malaysia yang stranded di bumi revolusi mesir. Tapi satu yang aku dapat faham, sebagai seorang yang pernah merasa stranded mode and feeling aku dapat rasakan ketakutan , cemas , sedih dan harapan mereka. Walaupun aku punya tahap stranded masih tahap kampung temerloh jaya ...(tempat aku strand dalam banjir dengan sorang kawan aku --dah kawen dah pun minah tu)

Aku ceritakan kronologi rintik rintik hujan penghujung 2007 dan kenapa aku dengan kawan aku ni high aim nak balik gak ---- aku nak attend majlis tunang pak cik aku n kawan aku nak attend majlis kawen kakak dia . Walaupun korang dapat rasakan alasan itu amatlah low sebab kalau takde kita orang berdua apa takde orang nak basuh pinggan ke? Tapi kami nak balik jugak (walaupun hari sebelumnya dapat tahu :paras sungai temerloh dah sampai bawah skit tangga bas).Kena ingat ---> alasan pelajar Mesir melibatkan nyawa --nyawa manusia ada satu , bukan cicak ye boleh tujah 2 kali ... jadi ketakutan mereka dan pengharapan untuk balik mestilah diutamakan bukan dah buat page baru nak bertidak. Nak2 kalau budak perempuan marabahaya dia jadi berganda2 dan mereka ini golongan yang diharap mengubah nasib keluarga kalaupun tak ubah nasib negara. Sempena banjir segamat dan banjir johor --chill dengan cerita aku.

Sebenarnya time stranded memang ramai orang amek kesempatan dan masih ramai berhati mulia : Bayangkan dalm kami dua orang yang ticket bas transnasional dpt refund , kami cuba redah ticket bas bulan restu (yang femes bab pecut memecut tu ) untuk ke temerloh sebab takde bas ke kl. Sampai temerloh kami harap ada bas ikut jalan kampung ke jerantut atau bentong (time ni tetiba geography kami A ++) . Harga ticket bus kuantan -temerloh cuma RM8.40 pada waktu itu sebelum ada surcharge harga mcm hari ni atau harga kerapu mcm hari esok. Tapi aku dpt tahu dari bebudak lain yang stranded ---> diaorang chartered taxi kuantan -temerloh jadi harga RM160 (bapak haram nya mahal) . Ok kami berdua dari universiti ada nama Islam kat tengah ..sampai stesyen bas temerloh , dah pukul 5 ptg (lambat sebab bas bertolak lambat dan banjir) takde lagi bas yang nak ke jerantut atau kl ...adalah pak cik pak cik yang cm offer ke kl ...ada patut mintak sampai RM400 dan diaorang pun tak confirm boleh lepas ke tidak banjir kat area temerloh , mentakab tu ---cm lahabau orang teksi ni *aku memang mencarut dengan orang amek kesempatan* time tu aku student duit PTPTN aku hujung sem ada la tinggal RM500 ...kalau dah RM400 nk bayar taxi tinggal apa? Pastu ada sorang pak cik budiman jaga kaunter ticket mana ntah yang ada secebis hati mulia nasihatkan aku ngan kawan aku ni naik taxi gie stesyen mentakab amek keretapi ke kl ---- okey :time ni aku jumpa 4orang budak politeknik , 2 orang budak kipsas ---share 2 taxi (cm haram gak dua dua teksi :sapu RM40 ----sorang RM10 dol !!! keje nak ngebas duit orang bawak ke stesyen keretapi mentakab) ... sampai sana beli ticket , keretapi bertolak kul 9.40 mlm ...solat la kami, makan malam kat cafe situ ----by the time kul 9.40mlm..orang makin ramai , 2 yang kipsas aku tak nampak kat mana ...tinggal kami 6 orang ..cuak dan gerun (ramai lelaki ---aku cuak diapapakan) , time tunggu aku ada borak ngan mak cik nak balik kelantan , laki dia polis kena bertugas untuk mangsa banjir (ok aku memang kadang 2 suka peramah alam)... nak jadikan cerita (cut short tangan aku tak larat type) :keretapi tak leh jalan ..banjir naik atas rel ...kami stranded !!! tak tahu nak pegi mana , stesyen tu je cerah , keliling gelap , tak tahu cara nak kluar cmna dari mentakab -----yang dah mcm pulau sebab sekeliling mentakab BANJIR !!!


Nak nanges ! ok aku dah nangis sejak dari kat kuantan ngan kawan aku ... berbalik perenggan atas ---> kakak yang berborak ngan aku ajak tumpang rumah sebab dia pun tak leh balik ke kelantan (ingat ya! aku dan rakan2 6 orang itu masih cuak) takut kakak tu trafiicking orang ke apa ...sepanjang nak ke rumah kakaktu habis sume zikir doa aku baca ...sampailah aku nampak balai polis temerloh jaya ---- nak ke rumah kakak tu pun challenger --kami buat 2 trip dan sampai kat depan jalan mana ntah kena redah banjir paras lutut ...ok ,aku tido malam tu dengan sluar bau selut , pagi esok satu track police yang ,memang nak ke bentong tumpangkan kitaorang sampai stesyen bas bentong dan kami selamat ke KL :alhamdulillah (itulah pengalaman yang tidak boleh saya lupakan --karangan UPSR :tp buangkan ayat ngarut dan mencarut)

Itu aku dan rakan2 di malaysia :MASIH ADA YANG NAK AMBIL KESEMPATAN , apatah lagi yang kat mesir tu ...yang mungkin baru je datang , tak fahambudaya dan tatacara kat sana /..nak kena pikir dalam masa singkat untuk buat keputusan , maju atau mundur ...menerima penawaran atau cari alternatif lain ....jadi aku faham trauma mereka,tersekat di airport (makanan mahal, orang di airport cuma tolong rakyat sendiri je ) , takde wakil kedutaan semua .... kasihani mereka ...kenapa lambat bertindak , mereka mempertaruhkan nyawa mereka ...tak kira stranded di rumah atau airport atau di mana aja ...mereka wajib di bantu!!!!


Tuesday, January 11, 2011

the spill soya

pagi tadi sampai office 6.45 pagi ...gerai soya tak bukak lagi ...

tengah hari waktu lunch : gerai soya lagi satu yang jadi faveret bukak dan saya terus beli satu gelas soya sejuk ... jalan jalan riang naik lif tingkat empat bangunan oren singa belanda


sampai depan lobi department , hayun entah macam mana ...air soya terjatuh ...bekas air terpecah ...spill out depan department ..owh kempunan air soya hari ni


memang saya takde jodoh dengan air soya ...hahahah


tp mana tahu kalau saya minum :
1.saya dpt sakit perut ...siapa tahukan????


applicable in the real life ...mana tahu kalau khalida dengan Imran bersama sama boleh meletup klcc? siapa tahukan?

Monday, January 10, 2011

cereka pertama siri dua



"we end our class with tasbih kafarah and suratul asr" , mdm Rose berkata seraya usai kelas Biology 1 untuk hari ini.

Berbondong keluar daripada lecture hall A menuju ke cafe ataupun terus ke kolej , rendup petang , elok elok sangat beli makanan malam. Tangan kanan ralit menyeluk beg sandang radioactive hitam yang memang muat muat masuk segala notepad saiz A4 dan sebelah kiri memegang file nota. Yeah , sudah dijumpai , nokia 3310 blue black , check sms macam lah ada orang nak sms sedangkan biasa yang sport check abah dan mama je . Sportcheck anak dara mereka yang jauh tak lah mana di pusat matrikulasi UIA atau abbrevation dia :MCIIUM. jangan di tanya kenapa abbreviation jadi mat saleh , tapi nama skarang dah tukar CFS IIUM. Alhamdulillah , diterima masuk ke IPT. adalah hikmah , tak dpt matrik KPM , dapat matrik UIA , dekat dengan rumah , tiap minggu balik.

skrin handphone --- one sms recieved , tekan lagi dan ringtone , accept? tekan button hijau ,,,skali keluar ringtone perpisahan terasing from KRU . Bear in mind, 10 tahun dulu jangan mimpi nak tahu bluetooth , mp3, video ataupun gambar jadi bahan sms , ringtone ni pun dah ckp cara anda ikut perkembangan teknologi ..tp musykil , sape pulak bantai bagi lagu perpisahan terasing , langkah kaki menyelusuri studio arkitek , menghala ke tepi laluan pejabat sukan yang memang gelap dan jadi tempat nyamuk bersarang , terus naik tangga menghala Zainab Jahsyi ';s college dan mata masih menatap skrin. terus dalam kepala terfikir hanya seorang individu je ni

"imran , u ke sent ringtone perpisahan terasing?"
sms dibalas : "haah, i yang bagi."

perpisahan terasing , dah berpisah terasing ish ish .. ringtone macam ni kau bagi kat aku ...



----------------------------------------------------------------------

" Dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat, kalau tak dapat , maknanya Allah nak bagi yang lebih baik " dialog -Imran -> Khalida , dengan jarak rentas selat melaka , tepian laut india , naik kapal terbang 2 jam 30minit , di lokasi --Jatinangor , Bandung dan seorang lagi : Kuantan, Pahang .

Macam mana cerita boleh jadi sampai rentas selat , sampai ke seberang negara sang saka , dan seorang lagi dekat pantai timur .. Nanti sambung yang pasti layan la gambar handphone biru cik khalida /ida tu dengan handphone nokia kelabu si Imran.

Sunday, January 9, 2011

insaf di liang lahat

memetik tajuk bipop hari ini ..kisah pelakon + pengarah yang katanya insaf di liang lahad ..tp time aku tengok gambar menggeletik dengan bukan muhrim ....aku jadi wonder

1.tajuk salah tulis?

2.salah ruangan?

3.salah gambar dipotretkan?

Saturday, January 1, 2011

Kenapa Dia dicemburui

Ditakdirkan dia bercinta dengan penjaga gawang malaysia yang super kebal dan tengah melonjak naik . Dan tiba tiba dia juga turut sama mendapat tempias ... aku bkn kerabat elia , sedara mara atau teman sekolah ... cuma hairan dan ajaib dah masuk dekad kedua alaf baru tapi perangai orang kita especially MELAYU yang majoritinya ISLAM masih ada duk perangai lama ...


memula dikatanya budak tu bukak kisah dia dan kekasih besar besaran ---itu blog peribadi dia nak cerita apa apapun dia .,,kita sume pun jenis bercerita kisah sendiri .cuma kita is NOBODY , jadi who cares ??? paling kurang those around our circle je la yang ambil kisah ... Jadi bila si penjaga gawang harimau malaya ni naik nama , bertempias blog dia orang menengok , dan kisah peribadi dah jadi tidak peribadi lagi


Tapi aku nak tanya buat si pendengki --- kamu nak ke si penjaga gawang waktu hanya jadi reserve player dulu ? tentu tak mahu kan , jadi biler sudah fames , biarlah kekasih hatinya mencoret segala kisah .. she deserves that ...ibarat macam MAWI , dulu waktu kerje kampung gaji rm400 sebulan sebab time tu Ina naim je mahu , bila dah fames berduyun duyun perempuan mahu dan bagi aku perempuan yang teruja lepas itu memang dah tahap materialistik

buat elia gadis berjari runcing --- u know ur bf well , just pray a lot that your relationship will be stronger forever kerana saya percaya anda menerima dia seadanya dengan ayat terakhir anda ---I will stand by his side even the whole world against him , besides I happened to know him back then when no one even care who is KFCM