Saturday, March 29, 2014

apa anda perlu buat

Tired, tired of the guilty feelings
Tired, tired of the broken dreams
I'm tired, tired of the public scenes

Kelly Price - Tired


katakan suatu masa zaman sebelum merdeka, kononnya sudah janji , tidak mahu terserempak dengan ini orang di masa akan datang. KL ni besar, serious aku dah buktikan. tapi hari ini anda terserempak, apa harus anda buat :
a) buat tak tahu
b) tegur
c) teruskan perang dingin

saya memilih e) sebagai jawapan, lepas selesai makan, tegur itu orang, dia pun tergamam tak percaya, kami berpelukan. aku kira kisah 6 tahun lepas itu di let go dengan satu pelukan. sedangkan waktu di meja makan aku berperang dgn perasaan dan serious aku jadi tidak ambil kisah dgn apa yang kawan aku cerita dekat sebelah. ampun . waktu itu yang aku nampak yang di depan sana dan kisah silam aku. 

hentikan keletihan, peluang datang sekali , dan benar sebuah pelukan serta tanya khabar. entah aku sendiri tidak tahu rasa geram, kecewa, sakit hati enam tahun dulu semuanya hilang. benar masa itu pengubat. walau waktu aku makan, aku pandang padanya yang jauh di kerusi itu ibarat rasa yang entah aku tidak dapat gambarkan. mahu kaget orang yang pandang. 

kesedihan itu dlm lima fasa: menolak, marah ,memujuk kembali, tekanan dan menerima...mungkin masa menerima sudah di masukkan

Tuesday, March 25, 2014

belajar dari 239 dan 529

Angka angka manusia yang membuatkan saya belajar banyak perkara. Untuk hidup yang kadang alpa kadang hanyut.


"bah, angin kuat , kalau terjatuh dekat laut belakang ni kemana kita? " aku bercanda dengan abah yang larang kami menghampiri  ke arah natural bridge , Albany, barat Australia. Yang kami dapat memandang dari jauh.
"sampai kutub selatan". kata abah malas layan.
"jadi orang pertama ke kutub cara jimat, kalah Dr Sharifah Mazlina , aku tambah", tujuan menyakat
"kalau survive". Abah malas layan . memang tak perlu layan pun . bukan tak nampak dengan ombak hempas ganas, angin kencang musim sejuk , dalam jangan tanya , aku pun berkilometer jauh berdiri dari batuan natural bridge untuk pos nampak nan indah.


itu kisah 2 tahun dulu , siapa menyangka laut yang jauh di selatan perth ini ada kisahnya sendiri. membuat dunia memandang pada sebuah negara di asia tenggara , apabila pesawat sistem penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa penumpang serta awak kapal seramai 239 orang terhenti di situ. Masih mencari jawapan kerana seharusnya pesawat menuju ke Asia Timur (Beijing) . 1650miles from Augusta sebuah tempat terpencil di Perth.

Saya bukan jurutera aviasi mahupun pembawa kapal terbang , jadi saya tidak mahu cerita tentang kapal terbang. Yang saya mahu cerita , saya terpesona mengambil iktibar dari coreta Maira Elizabeth Nari dan isteri pramugara Mohd Hazrin iaitu Puan Intan Maizura , gaya bahasa mereka sungguh buat saya terdiam. Kuatnya kalian, Allahuakbar , bagaimana sekuat itu mereka siapkan diri mendepani berita yang kesudahannya cukup cukup sedih. Memetik kata kata faisal tehrani seorang penulis profilik dalam kolum Malaysiakini : "Selama 17 hari, Maira Elizabeth Nari telah menunjukkan kepada seisi dunia betapa ia seorang perempuan yang teguh. Ia berusaha mempamerkan kepada dunia, ia adalah seorang perempuan nan bercinta. . Faisal juga menambah :"Kelihatannya Maira, kami semua perlu belajar daripadamu. Di manakah kekuatan, dan reda yang kau perolehi itu? Sungguh Maira, redamu itu adalah reda orang mukmin.As-Sadiq pernah ditanyai, “Bagaimanakah mengetahui orang mukmin adalah seorang yang Mukmin?”. As-Sadiq telah menjawab, “Dengan penyerahan dirinya kepada Allah dan keredaanya terhadap kebahagiaan dan kesengsaraan yang ada padanya.” Benar Maira, anda dan ramai lagi keluarga membuat saya belajar perkara besar iaitu redha pada Qada' dan Qadarnya. Think positive and keep being positive. Mengambil memori yang muluk indah untuk terus dikenang dan optimis pada hari mendatang. Belum lagi membaca instagram Puan Intan Maizura , choked sebak tapi redha dan pasrah dia yang saya belajar . Redha pada ketetapan. Mengeluh tidak sekali


itu kisah di hemisfera selatan , manakala hari yang sama di sebuah negara di Afrika Utara . Yang direntap rasa keadilan dan merdekanya . 529 orang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati . Gila apakah As sisi dan rejimnya? Manakah letak ruang di dalam hati tentang menghargai hak bersuara? Melihat wajah wajah mereka yang langsung tiada kesedihan malahan semangat tinggi buat aku pasti , mereka inginkan syahid sebagai ganjaran dalam menuntut keadilan . 

529 nyawa itu buat aku terfikir, 30 tahun ini apa usaha aku ke arah Islam? apa aku ini manfaat untuk yang lain? pasti aku mengharap biarlah hari yang lepas dan InsyaAllah yang dikurniakan mendatang aku juga diberi peluang menjadi wanita solehah. Teringat kata mufti menk waktu aku ke program hari ahad lepas :Affirm the true value of faith talk buat aku rasa macam ada penukul yang mengetuk kepala. Wake up , u had done nothing than u still thinking for walk the talk. Change yourself to be good . I didnt said what had done pass is 
terrible but I need to change to potray me myself as good muslim .

So its time to take the good path or not ...is our choice 


p/s: from her instagram ada gambar hakak " sis sasha, I pray that one day you will be wearing hijab permanently. you're sweet." 


Saturday, March 15, 2014

Khas buat wanita teristimewa

Al fatihah buat kamu dan untuk sesiapa yang melewati catatan ini di harap dapat menyedekahkan al fatihah buat insan yang teristimewa dalam hidup saya Hajah Ramlah binti Abdul Malek.

hari ini 15 march 2014 , tahun sebelum sebelumnya pasti merupakan tarikh penting untuk kami berkumpul meraikan harijadi ratu di dalam keluarga besar haji Daud, pasti terkenang saat riuh rendah gurau senda tawa kami , disamping esak tangis si kecil yang terkadang minta perhatian. Tetapi hari ini seperti sayunya bumi di cemari udara kotor jerebu dan bungkamnya Malaysia yang masih menanti kabar pesawat MH370, mahu atau tidak hakikat yang setiap dari kami kena terima , how hard you love your grandma , Allah's love her more.

Zaman kecil saya banyak di asuh oleh wanita ini yang selalu menjadi tonggak utama untuk suaminya. Arwah Atuk mempunyai hobi suka menjawab teka silang kata di surat khabar dan wan akan membantu mencari perkataan yang seerti maknanya di kamus atau apa sahaja bahan bacaan di rumah. Bukan itu sahaja, wan cukup mengambil berat pencapaian akademik kami, walaupun kempen boikot akhbar mainstream , wan tetap beli semata mata untuk pastikan sisipan didik, skor A dan  pmr dapat diberikan kepada kami cucunya yang menduduki peperiksaan pada tahun itu. Wan akan ingat siapa yang tahun itu ambil UPSR sampai SPM. Untuk yang diuniversiti juga tidak terlepas pasti aja di tanya setiap kali naik semester bagaimana study dan setiap kali final exam saya akan call , "wan , orang nak exam doakan ,". lebih terharu wan bangun malam bermunajat agar cucu cucunya berjaya. Ya , saya kehilangan seorang lagi tonggak saya meminta agar sama sama doakan saya untuk event besar atau apa aja dalam hidup. Saya sering beranggapan mereka yang rapat dengan saya itu jika doakan untuk kebaikan diri saya Allah lagi cepat makbulkan.

Wan juga ingat birthday setiap daripada kami seramai 32 orang cucunya. 2013 dan kebetulan saya di Jakarta jadi kuranglah terasanya bila tiada ucapan happy birthday dari dia yang saban tahun akan call saya di awal pagi. Dia juga selalu complaint , kalau call along dekat office yang dia tahu cakap nanti dia call balik , tapi nak tunggu call balik sampai malam pun tak call . For those who read, appreciate people surrounding you since we never know when they no longer with us anymore. Pernah satu tahun itu pada hari jadinya 15 march , saya ada final exam, saya cuma call ucap birthday dan kata tak habis study jadi tak boleh datang ke rawang, walaupun saya di UIA Gombak tika itu. Malam itu juga wan datang menghantar kek harijadinya berserta lauk pauk jamuan tadi dengan mengerah bapa saudara membawa kereta ke UIA. im touched serious!

wan yang risau tentang kesemua kami , macam contoh jika ada antara kami yang sakit, berita boleh sampai dengan cepat dari utara Pulau Pinang sampailah ke Barat Australia ialah dengan talian telefon daripada wan. Dia pastikan semua mendapat update yang sama tentang setiap perkara. Kehebatan memasak kamu yang sangat dinantikan, masak lemak cili padi is your best signature selain nasi minyak dan maggie berlauk kamu. Miss that since no one can challenge.

Nenek saya juga mudah menerima budaya, makanan asing dan orang asing. Tanyalah Pau Fort si Catalonia anak angkat keluarga kami yang sangat sayang wan dan anggap wan macam yaya dia di Barcelona. saya pernah cakap nenek aku tu takde blog je kalau ada dia boleh tulis entry kembara dia. Ingat lagi kami makan fish and chip di Freemantle , Australia, balik tu dia call saya , nanti hujung minggu along balik kita masak macam dekat freemantle tu. Dia juga ajar saya kepah with tomato sauce dekat Freemantle tu antara tersedap di dunia. Belum lagi ajar saya makan baklava tersedap di restoran turkey. Saya juga ada terfikir gene kaki jalan ini mungkin inherit dari dia..


                                                             kepah with tomato sauce

Seperti yang lain , istirehatlah kamu dari dunia dan semoga kamu berbahagia di syurga milik Allah . amin.
Kamu pergi , lahir dewi baru , cucu pertama keluarga  Encik Hamdan yang lahir di bumi scottish  14/3/2014.

                                                london court , Perth , australia 2012



                                          wan dah sampai pyramid , saya pun belum jejak


         awesome trip with her , umrah with her on 2011 , im still remember your face performed tawaf wida'

                                                    medan trip 2009

Monday, March 10, 2014

rusuh hati di jakarta




macam aku pernah tulis sebelum sebelum ini di sini .. smooth journey in the early morning of the sayyidul ayyam ..friday . Arrived at Jakarta , had  some meeting to attend and the rest is our jimba activities +shopping spree. Since we follow company trip schedule so most of the cafe and restaurant provided with wifi services. Staying at Four star hotel , Le Grandeur Mangga Dua, memang sedap untuk ke spa dan layan swimming.  me and my superior kak siti able to update our activities and get the live update news from Malaysia sambil santai dan rasa macam theraphy tengah hectic kerja orang bagi cuti, Alhamdulillah rezeki.

Waktu malam baru bermula aktiviti bebas kami , seusai check in , me and my superior kak siti , sambil catch up hal rumah di Malaysia bukak news pertama. Lagi sekali anus lelaki jadi taruhan. DSAI 5 yrs inprisonment. lagi sekali watak saiful masuk balik , 72 hours sperm outside body dia boleh jaga dengan elok tanpa pooping or peeing, hebat lelaki ini (maaf bahasa kasar tapi lebih mudah faham). Terpulang untuk yang percaya buat saya yang kadang wajib evidence scientific ini memang tidak percaya. Manusia akan excrete toxic everyday, how he survive 3 days without excretion process? Ini lawak dan lebih lawak terpaksa menerima hakikat highlight news antarabangsa.


Menjelang Pagi subuh itu , malaysia airlines updated MH370 bound to Beijing, China  lost contact dengan Subang Air Controller . waktu sarapan seorang lagi rakan update, 20 of her colleague in the plane from Freescale company. Kau bayang apa rasa dia , pagi jumaat sarapan gelak bersama, whatsapp sebelum berlepas , esok bangun subuh status rakan tidak diketahui . rakan sekerja gelak tawa kita. Benda yang sama dilakukan oleh semua traveller. Dengan status terkini mungkin berpatah balik tapi dimana mendaratnya? Minyak kapal bertahan 8 jam sahaja , kini sudah melepasi 48 jam . tidak sampai hati untuk saya update trip tersenyum tersengih sedangkan ramai bungkam menanti nasib ahli keluarga, nasib rakan mereka ...cuma satu berdoa dan berdoa. Tapi benar as orang kaki jalan , kita merasa perasaan itu, sebuah ketidakpastian yang sangat menyentuh hati . Mendoakan yang terbaik untuk nasib pesawat ini dan mengharap keajaiban dari Allah. Lagihal membuat saya terkesan inilah laluan ke Japan, Korea dan Vietnam.

satu hikmah yang saya dapat daripada kejadian ini, selama ini saya fikir apa saya buat, saya berjalan untuk kepuasan diri sahaja. cukup mama dan abah redha apa saya buat. Ada jugak saya terfikir who cares what I did since Im not the special woman to someone etc etc yada yada (dialog membebel sendiri). Tapi saya silap, bermula dengan status twitter seorang kawan baik (BFF) : risau dengan keselamatan saya , saya reply balik :" beb, your pray what I need now". Saya tidak sangka ramai selama ini cuma memerhati rupanya concern dengan saya siap private message di FB , satu hal kawan saya seorang lagi  ini jarang surf FB semenjak beranak 3 yang dia tahu saya kaki jalan. Message peribadi dia sangat buat saya tersentuh sebab ada rupanya yang ambil tahu hal saya walau dari jauh:
"Slm.weh,aku Xtau ko kt ne skrg.tp aku doakan ko selamat.ko la satu2nye kwn aku yg rajin fly,msa tgk berita aku nengok bnyk kali n doa nama ko xde kt stu,weh,suspen aku..smoga Allah lindungi kau walau kt mn pun kau berada..Aminn."
Selain update status saya yang kawan kawan sekolah +uni jarang atau semenjak keluar sekolah tidak berjumpa mendoakan kita dan paling saya terkesan update arrival saya mendapat feedback termasuk dari lecturer saya .  Tahulah saya ramai yang peduli . Thanks dan semoga doa anda untuk keselamatan saya untuk setiap kali saya berpapasan di beri ganjaran Allah yang sebaiknya buat kalian.Now I know the meaning of waiting  family members, feeling mama dan abah yang risau setiap kali kami berjalan dan tunggu update dari kami. Saya masih mampu balik ke rumah , makan makanan kegemaran yang terhidang dan berkongsi pengalaman trip (Alhamdulillah untuk semua ini). saya juga doakan yang sama buat penumpang MH370. Dont despair and lose hope. Hasbunallah wa nikmal wakeel



Wednesday, March 5, 2014

food for homeless - kasih buat semua , bagaimana ia bermula .


2012 : King Rama VI Monumen , Lumpini Park,  Bangkok ,Thailand 

          Kami berempat  sudah penat , mengukur besar bandar Bangkok dan akhirnya sepakat mahu lepaskan lelah di taman rekreasi yang merupakan tempat rakyat mereka bermain takraw . Jangan risau kejohanan tahun ni pun mereka hantar pasukan simpanan untuk lawan kita ,jadi ada peluang menang , haha.  waktu duduk  berempat (aku, nina, aiman dan sepupu syieda) membuka bekal makanan dari baki yang  kami tapau pagi tadi dari hotel. Hotel Regent Ramkhamhaeng, terletak berdekatan station Ramkamhaeng  di bawah operasi Muslim Thailand. Waktu makan bersama kitkat  maaf bersama biskut lexus , tetiba aku hairan bekalan maggie kurang satu dan dah nampak suspect utama iaitu adik lelaki aku yang sekarang menunggu masa bergelar bapak, "Aiman, kau makan macam mana tadi, air panas ambil dekat Platinum  Mall eh?", "Apa barang , pakai air mineral,jawab adik aku. "rasa dia?" aku tanya lagi dengan wajah curious. "rasa maggie kari, tak jadi pizza, kau lapar kau beli air mineral kat depan tu, kalau tak kau tunggu abang sopan santun masakkan ladna dekat depan hotel malam karang."panjang adik aku jawab.Kebetulan depan hotel kami ada gerai muslim . Aku lapar. waktu mahu beli air mineral aku nampak kanak kanak ini ....yang akhirnya mengubah sebuah persepsi, rezeki kita bukan untuk aku dan kau tapi untuk semua. 

riangkan wajah ini ? tersenyum berlari seperti tiada apa yang menyakitkan , seperti dunia indah sang puteri . Dia berlari lari ke arah kami yang waktu itu membaham dengan seronoknya maggie kuah sejuk, sayuran salad dan biskut lexus disulamkan air limau perahan tangan abang Thai. Kami hulurkan sepeket lexus, si kecil terus berlari lari senyum ke arah sebuah khemah, baru kami faham rupanya dia tinggal bersama keluarga sebagai gelandangan (homeless). Mata kami terus memerhati, 1,2,3 ---dia kongsi sepeket kecil ada dua keping biskut  itu dengan seluruh ahli keluarga yang dlm 5 orang semuanya. Biskut kecil dijamah rasa kesemua mereka, apalah sangat gigitan yang dapat setiap seorang. Aku terfikir  mungkin biskut itu makanan pertama mereka ? siapa tahu bukan? dan tubir mata sudah bergenang. Budak sekecil ini tahu nikmat berkongsi, dalam hati tidak sepatutnya dia tinggal dalam khemah dan berdepan pahit dunia.  Selesai makan , baki makanan kering yang ada dalam beg kami berikan pada sikecil ini dengan harapan, harap kau dan keluarga tak lapar dik walau untuk malam ini. Ya, aku rasa super looser waktu itu, sebab kadang kadang kita ungkit apa yang kita ada, adakala rasa ketidakpuasan dengan apa yang kita dapat itu lebih banyak dari kata syukur, dan si kecil ini Allah datangkan untuk bagi tahu dalam susah masih punya sifat berkongsi untuk sebuah rezeki.

Balik ke Malaysia , kami bercerita sesama kami dengan apa kami lihat dan usaha bersama ahli keluarga, rakan rapat kami  memulakan program food for homeless (FFH)  yang pertama kami pada bulan 8 /2012 bersamaan bulan ramadhan /1433H.  ceritera food for homeless di kota batu , Kuala Lumpur  terinspirasi dari wajah polos si kecil ini ...adik, akak harap kamu sihat sihat sahaja.



so this is the teaser sebelum kotak FFH aku bukak kembali ... untuk pengetahuan jumlah homeless bertambah setiap kali program diadakan dan bertambah tempat juga ... Realiti itu pahit!




Monday, March 3, 2014

fair enough?

im guess pre travel syndrome mood.

lecturer algeist aku pernah cakap benda yamg tak boleh berlaku adil ialah kasih sayang. kau bayang lecturer yang macho putih merah menangis dalam kelas sebab bercerita tentang sebuah kasih sayang yang tidak adil dia terima oleh bapanya. waktu tu aku kata dalam hati, ada phd , lecturer dekat Malaysia, international uni pun still dapat layanan double standard dalam family? aku waktu tu sukar jugak nak faham . tapi banyak kali lecturer aku ulang keadilan tiada dalam kasih sayang. waktu tu aku rasa macho arab ni boleh nangis dalam kelas.


point mukadimah tu bukan nak cerita tentang lecturer kedekut A tapi kacak, nak cerita kasih sayang itu kadangkala agak sukar untuk berlaku adil. dia subjectif yang kita tak boleh letak satu benchmark dimana neraca keadilan itu berada. maka berutunglah untuk mereka yang mendapat sebuah cinta dan kasih sayang.

dengan dasar ingin berkongsi sebuah tulisan Dr Maza tentang kasih sayang itu rezeki. Anggaplah jika dapat kasih sayang itu tidak kira sikit atau banyak ia tetap rezeki, syukur.


Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: “Aku telah direzekikan cintanya” (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai.
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat ‘dicintai’ ataupun ‘mencintai’. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya.
Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan:
“Beritahulah dia”. Lalu orang itu memberitahunya: “Aku mencintaimu kerana Allah”. Lelaki itu menjawab: “Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA”. (Riwayat Abu Daud).


ok aku dah jumpa adapter ... apa yang penting appreciate those love us and just let go those who not. dunia yang sgt pendek harusnya tiada peluang untuk menangisi sesuatu yang tidak worth kata mat saleh.