Sunday, March 31, 2013

tak salah menegur

"hoi hoi , (bercicip dgn bunyi siulan) , kamu tu , kamu ", dengan nada keras pengawal baju biru di sebuah masjid di tengah kebanggaan kuala lumpur.
--dlm hati : dah agak dah ..ni Malaysia , siaplah kena tegur dan rakan ku terus menapak tangga
"kamu tu , turun turun! " jerit pak guard sambil di bawah di perhatikan oleh pelbagai pemuda yang melepak di tiang masjid
"W , pakcik tu panggil kau ", aku memanggil teman ku agar menoleh ke bawah ..aku rasa dia pun dah boleh agak
aku masih di separuh anak tangga menuju tempat solat muslimah dan sahabat aku di bawah , pakcik guard tu terus pot pet dengan tangan mengarah ke baju ala ala riding hood , aku yang time tu menyinga dan tak sedap hati . lagi menyinga dengan perangai dua tiga orang anak muda yang memandang pakcik seolah merestui dan jelek kepada kami ...aku turun dari tangga dan bersaing dengan rakanku ke tempat jubah khas dgn hud disediakan
"sorry pakcik , saya ikut pintu depan , tak perasan jubah ni , terima kasih bagitahu ", lembut rakanku membalas walaupun dia ditegur oleh pakcik tadi dengan klasifikasi mengur :kurang ajar ..
aku naik tangga semula dgn memandang dua pemuda di tepi tangga sambil berkata , "nak tegur tak salah tp cara salah , mulia dah sangat ke?"
"aku ingat dekat riyadh je ada mutawa' ," kata rakanku yang bekerja di negara saud sambil gelak


--rakanku ke masjid dengan tidak menutup aurat ,kami lalu pintu depan dan jubah red riding hood itu tiada di situ , kami cari juga, aku tak kata tak tutup aurat itu betul --aurat di tutup itu wajib yang aku mahu cerita cara mengur mereka. Memang kamu akan kata dah bertahun takkan tak berubah, tetapi bukankah  menarik ke arah kebaikan dan menasihati itu tugas kita (surah Al Asr itu ckp pasal apa?) .sekali kali  aku akan tidak tinggalkan sahabatku ini kerana kalau aku ditinggalkan siapa nak tarik dia kembali ...siapa nak keep praying so that she will become the good muslimah?

-mahu saja aku bagi tahu kepada pemuda2 yang melihat ---"bai, kawan gua yang korang pandang sinis itulah yang ajak aku ke masjid dgn ayat , kita solat maghrib jemaah , kalau surau tak boleh sgt sbb ramai solat sendiri (walau tujuan aku nk ke surau sbb kes dia x pakai tudung takde siapa tegur)

-mahu saja aku bagi tahu , rakanku inilah Allah bagi kesempatan 10 mlm terakhir ramadhan lepas di tempat mulia masjidil haram dan bukan sbb istidraj tetapi dia kini sedikit sedikit kembali pada fitrah , kalau Allah sayang  dia  dengan rezeki tidak terduga kenapa kita menghukum.

-mahu saja aku bagi tahu di Indonesia ,atau seperti di Australia tiada pula itu aturan utama , asalkan pakaian yang sesuai kerana kalau sudah di sekat rasanya mahukah yang tidak menutup aurat itu semakin dekat pada agama?


-mahu saja aku bagitahu sewaktu di Bandung 2008 aku lihat ramai dgn mini skirt , tanpa jilbab ke masjid , solat perkara pertama dia jaga dan tiada pengawal marah marah dengan mereka , pada percutian Bandung 2011 ramai sudah yang berjilbab , mereka berjilbab dan tidak pegang tangan bukan muhrim , tidak melenja mengada dgn lelaki bukan di gelar suami dan masjid penuh tiap kali fardhu... Malaysia tercinta , pakai tudung tp masih menggediik mengada di LRT , masih tanpa silu pegang tangan bukan muhrim , masuk waktu solat langgar habis ---muliakah itu ,. tarbiyah mana yang lebih berkesan .??? malu aku satu hari keluarga daripada Indonesia bercakap, "di sana kalau berjilbab pegang tangan /pelukan dgn bukan muhrim satu bas memandang", time tu aku rasa nk terjun LRT , sumpah ... sbb aku malu dgn orang Malaysia --jilbab trendy tanpa tahu makna ...

-mahu saja aku bagi tahu rakanku ini yang seringkali nasihat --sabar, dan doa Allah maha mendengar


jangan fikir judgemental kamu buat kamu saja layak ke syurgaNya , kita tidak pernah akan dpt predict pengakhiran kita melainkan dengan keep praying for husnul khatimah ...your judgemental never help the ummah!



                                                 

p.s: usai kami solat , ramai je tak bertutup aurat dan tiada tindakan ---kes cmna ni?

Friday, March 29, 2013

khadijah

”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].


izinkan saya menjadi seperti khadijah,
khadijah yang berjaya dalam pekerjaaanya,
khadijah yang terbaik di sudut agamanya,
khadijah yang terpuji dalam rumah tangganya.

maka saya sedih,
tatkala ada kaum adam berkata "dia lihat wanita yang kenal dunia 10 thn tetapi hampas, biar dia didik isterinya kenal akhirat yang muda 10 tahun daripadanya"
buat kaum adam itu:kamu mahu mendidik atau mahu ambil kesempetan? kerana isterimu patuh setia disebabkan jurang batas usianya.
ketahuilah kaum adam , siapa pun kami , jika terdidik dgn landasan Quran dan sunnah , jika sering diingatkan dengan batas syariah,
di kerusi empuk manapun kami memulakan kerjaya , di bidang apa pun kami ceburi ,
InsyaAllah si wanita itu akan tetap tahu syurga itu di bawah tapak kaki suami.

tidak mahukah kamu adam , dengan wanita yang sama petah bicara
bukan berlawan tingkah , tetapi meluahkan pendapat ke arah yang lebih kritis
apa kamu betah adam , dengan isteri yang angguk angguk ---utk berapa lama kamu mahu cerdik seorang?
Tidakkah kamu suka jika punya isteri yang membantu bersama di dalam ekonomi rumah tangga dan cerdik dalam pengurusan kewangan?
tetapi jika kamu mampu menyara seadanya itu hak kamu , namun jika kami mahu membantu tiada salahnya bukan?


buat kamu , saya di didik oleh ibu yang bekerja , 5 pagi bangun sediakan sarapan dan lauk tengahari , balik kerja masak makan malam , rumah terkemas kerana ayah membantu , agama kami tetap di jaga rapi dan pendidikan dunia akhirat tetap di kawal selia ... jangan menidakkan peri penting wanita kerana rumah tidak terbina jika hanya suami sahaja yang ingin mendidik dan isteri tidak sedia utk berjuang bersama di dalam menghadapi masa depan akhirat yang penuh makna.... marriage  is about takes two to jannah along with their family ...


benar saya tamak , saya mahu dua dua ... sbb saya mahu seperti khadijah ...

Tuesday, March 26, 2013

di kaki tangga al -akhbar

untuk persona wajah yang tenang itu
murah senyuman
di kala terik mentari menyengat bumi
kau tegar dgn ramah memberitahu di mana harus sepatu kulepaskan

mulia tugasmu dgn amanah
walau kecil tetapi menjaga sepatu dari rosak atau hilang
ingin sekali ku ceritakan tentang kisah ja'ranah ,
wanita yang diangkat mulia kerana membersihkan masjid
malu malu kau mahu mengambil sumbangan dan kau berkata wangmu cukup
gajimu masih utuh utk buat kelangsungan hidup

mohon semoga budi baikmu di balas Allah jua



Saturday, March 16, 2013

rachel corrie : born in USA and died for palestine kisah 10 tahun dulu

kira kira sepuluh tahun dulu , waktu aku baca pasal rachel corrie mati kena lenyek dgn bulldozer demi tanah Palestine , rasanya yang aku ckp kesian ,lepas tu  takde kesan dan balik main game ular dkt nokia 3310 aku serta teruskan makan indo mie (zaman matrik suka sgt aku maggie ni)

serious tidak mendatangkan kesan , no impact ! yileks!

sehingga
-
-
-
-
-
-

serangan kapal mavi marmara 2010 and another kapal pun kena tahan which is rachel corrie , baru aku google renyeh skit , baru baca owh , ah , gitu ,,,pastu pause , time ni dah takde maggie indo mie di tangan , aku diam , she;s non muslim , died because of protecting the palestine land ...non muslim , aku islam , jadi lagu mana yang aku duk bangga rasa mcm champion makan segala jenis penyumbang saham zionis ... dahla angkat senjata pun tak reti, qunut nazilah kena bukak buku , doakan utk palestine jarang jarang ..so skarang aku duk degar degar je ckp itu ini ,...jadi aku tanamkan sikap dan ajak yang lain ...least as minimal you can do is  :pray for palestine  , jangan sampai kena tahan di pintu sorga ..aku takut ...

bila aku google lagi , aku buat en3 sempena hari ni 10 tahun pemergian dan dia mmg baik orangnya , dia pernah berucap utk justice and peace tika usia 5 tahun ..dahsyatkan?..aku umur 5 tahun dahsyat gak , menari sempena hari kanak2 sedunia depan permaisuri.

dan aku kepilkan wajah wajah rachel, ucapan waktu kecil , gambar dia terbunuh ...


ucapan sewaktu dia di grade 5 --dalm umur 9 -11 tahun

dan ini footage terakhir sebelum dia dilenyek



sila lari dan menyorok bawah bantal , kita seinci pun tak membantu

Friday, March 15, 2013

tribute to kawan

aku rasa siapa jadi kawan aku confirm dia kena di susahkan utk dengar keluh kesah kak esah dan rambling aku all the times, tapi bonus aku seorang tak suka sedih , kawan nangis pun aku cuba ceriakan ...sorang kawan ckp aku ni jenis hati kering (apa dia ingat hati aku boleh salai ke? ) dia kata jangankan nangis , empangan kemubu pun dia tak pernah nampak setelah 10 tahun kenal aku (propa ! aku pernah nangis kot )

jadi ini tribute utk kawan kawan aku yang super cool , korang tahu siapa korang , dlm selamba sound , korang punya care and concern mmg terbaik ...may we be friend here and hereafter mcm aku doa kat depan kaabah ...

kawan .
kalau ada crush nombor 1 aku sms kamu
walau crush aku buruk tingkah atau alim
korang tetap kata
try as it best , for the best

kawan
siapa lagi kalau bukan korang
tempat aku nak ajak jadi food tester
dari restoran lima bintang sampai gerai tepi jalan
semua kita cuba bersama
review bersama

kawan
dgn kamu tempat aku melagha cerita
kamu dlm bosan kantuk masih sudi melayan
saling mengingatkan
berkongsi nota catatan
hakikat kehidupan

kawan
maka tatkala usia 2x kita masih tiada separuh diri kita
aku mula belajar
aku tak pernah sendiri
kerna kamu mengiburkan hati
selain yang pasti Allah senantiasa bersama diri ini

wink wink ---aku gagal menulis ... tp mereka senarai top top perang yang saya kagum, semoga impian ke mekah bersama tercapai ..amin

Wednesday, March 13, 2013

im done chasing

im done to show them im exist
im done to run as nobody run towards me
but what am I proud to myself, im still keep myself distance, never been touch , gambar muka berlaga apatah lagi gambar dkt akak tak pernah buat

i just want to relax bit
kadang2 manusia perlu tempoh bertenang

hidup ini indah, kenapa gundah yang dikenang